Fix Low Value Content (Adsense)
Rasanya dah berulang kali aku update dan apply adsense untuk blog adzril.com. Selalu je denied. So aku terjumpa 1 video youtube dari India ni. Dia bagi simple hack untuk pastikan adsense jadi approve.
Kes dia, dia cakap dia post 130 content guna AI - adsense reject.
Lepas tu dia repair, dia buat 20 konten baru dengan at least 700 patah perkataan - adsense approve.
Caranya dia just taip keyword niche dia dalam google,
lepas tu perhatikan semua soalan kat "People aslo ask"
Ambik dalam 20 soalan, jadikan artikel, at least 700 patah perkataan. Then dia appeal Adsense..
Terus approve.
Jadi apa cerita dan masalah kat adzril.com yang aku nampak selepas aku tengok video tu?
Adzril.com ni tiada niche. Takde specific niche. Walaupun artikel ada yang rank, tapi Google nampak blog ni tiada value.
Jadi aku rasa inilah masanya untuk aku revamp balik blog adzril.com tu. Tentukan niche dan reapply adsense.
Komen-komen
Tiada komen setakat ini.
Buat Komen