Apa Backlink web diaorang ni?

Adzril MediaOne
Masuk tahun 2020 ni lain macam sket permainan SEO blog. Rank untuk keyword2 aku kebanyakkannya jatuh. Bukan jatuh setangga dua, tapi menjunam terus sampai 10 tangga ke bawah. Jadi aku redho je lah mula-mula tu. Sambil-sambil kaji beberapa strategi yang orang lain buat.

Apa yang aku dapati?


  • Semua blog untuk keyword percutian ke Sabah jatuh.
  • Semua hasil carian google kat 1st page didominasi oleh website.
  • Aku nampak, paparan tarikh pada post menyebabkan CTR jatuh. Orang tak nak klik artikel yang dah 'expired' walaupun kita gigih renew dan refresh artikel tu.
  • Aku cuba hidekan tarikh kat SERP untuk blogpost tapi gagal. (yang ni aku masih tertanya2, camna blog lain cth: dhiavivadea.com berjaya hidekan tarikh pada blogpostnya)
  • Aku dijumpakan dengan blog Onexox oleh khairul anarm (onexoxplan.com) yang memang aku kagumi betul. Sebab kat sini menjawab hampir 90% persoalan aku selama ni. Aku kaji betul2 blog(Website) ni sebab asalnya nak tahu pasal dia dapat data percuma yang byk hasil dari blog ni. rupanya memang trafik website tu tinggi.


Apa yang aku cadang untuk tukar strategi blog aku?


  1. Aku susun balik kategori artikel lebih kemas dan lebih jitu ikut niche.
  2. Aku kemaskini menu kat paparan utama blog aku (adzril.com) untuk fokus kepada niche yang aku utamakan je.
  3. dari point 2 tu, aku rasa aku perlu buat spesifik website (tambahan/new start) dari aku buat konten bercampur kat blog adzril.com instead yang mana website ni akan lebih formal dan ringkas. Kira macam katalog lah. Jadi blog adzril.com akan jadi support untuk website nanti.
  4. Perkara terbesar yang aku belajar dari website Khairul tu adalah 80% page dan 20% blogpost.


Tindakan.


  1. Aku beli domain khas untuk percutian sabah (2 unit) dan Onexox (1 unit) sekaligus.
  2. Create homepage guna elementor.
  3. Mula-mula tu aku hanyut kat design cantik untuk homepage.
  4. Tapi by the time aku siap website untuk onexox dan percutian Sabah tu, aku rasa aku terlalu pentingkan design, sepatutnya aku penting value yang aku nak sampaikan instead.
  5. Untuk website percutiansabah.com dah siap, untuk domain cuticutisabah.com dan onexoxtelco (aku akan ubah aku akan buat simple dan mudah dibaca oleh manusia dan robot google.


Kajian Backlink

Aku perhatikan orang2 pandai seo buat kerja. aku perhati hasil kerja diaorang. So aku buat kajian backlink.
Boooom! aku jumpa kat mana diaorang berkumpul buat backlink. Tak semua, tapi ada antaranya guna artikel ni (artikel) dengan tinggalkan komen beserta link.
Aku tak pasti adakah teknik ni berkesan lagi, tapi neilpatel kata berkesan. So aku akan buat backlink camtu jugak untuk beat semua competitor nanti.

Hasil.

Aku belum masuk fasa pertama iaitu guna website untuk tujuan seo. masih blog. Tapi aku dah cuba convert beberapa blogpost aku untuk dijadikan page. Tujuan asal, nak hilangkan tarikh. Sebab page ni bersifat selamanya, manakala blogspot bersifat terkini.

Jadi bila aku ubah blogpost jadi page, takyah tunggu lama esoknya rank naik. Bukan naik setangga dua, tapi naik kaw kaw.... ada yang merampas takhta nombor 1 balik. Alhamdulillah.

Nak bagitau progress je.