Canonical url

Adzril MediaOne

 Let say aku buat artikel bertajuk Plan Onexox Black dengan url https://en.onexoxtelco.com/p/onexox-black.html. Kemudian untuk post aku buat satu lagi artikel bertajuk Siapa yang sesuai guna plan Onexox Black dengan url https://en.onexoxtelco.com/2014/02/24/siapa-yang-sesuai-guna-onexox-black.html.

Perhatikan 2 url tu;

  1. https://en.onexoxtelco.com/p/onexox-black.html
  2. https://en.onexoxtelco.com/2014/02/24/siapa-yang-sesuai-guna-onexox-black.html
dalam kedua-dua url tu ada perkataan onexox-black.

Kat sini aku perlu tentukan, aku perlu maklumkan kepada Google mana satu sebenarya yang nak aku jadikan sebagai preferred version dalam blog en.onexoxtelco.com tu.

Let say aku pilih nombor 1, https://en.onexoxtelco.com/p/onexox-black.html. Jadi aku perlu letak code ini dalam kedua-dua artikel tu; (dalam string <head>)

<link rel="canonical" href="https://en.onexoxtelco.com/p/onexox-black.html" />

Perhatikan betul-betul pada url dalam code tu. Itulah url page yang aku pilih sebagai preferred page.

Sekiranya aku ada 3 atau lebih page dengan topik yang seakan sama, aku perlu letakkan code itu di semua page tu termasuk page yang preferred page.