layan niche directory
November 02, 2026
• A.M
once aku pilih niche direktori, sebenarnya aku perlu cari niche untuk direktori tu. Niche dalam niche.
1. Apa itu AI Directory Website?
- Ia bukan laman web biasa atau microsite kecil, tetapi laman direktori yang mengumpulkan maklumat beratus hingga beribu perniagaan tempatan bagi satu industri/perkhidmatan (trade) khusus dalam satu negeri.
- Contoh: Direktori pembina kolam renang di negeri Florida (Custom Pool Builders in Florida).
- Ia dibina secara automatik menggunakan AI (seperti Claude Code/GPT) dan data yang ditarik dari Google Maps (kos tarik data sangat murah, kurang dari $1).
2. Langkah-Langkah Pembinaan
- Pilih Niche & Lokasi Khusus: Jangan buat direktori umum (seperti "Home Services"). Pilih satu perkhidmatan khusus yang berharga tinggi (high-ticket) di mana pelanggan biasanya minta banyak quotation (contoh: roofing, pembina kolam).
- Beli Domain Exact-Match: Gunakan nama domain yang sepadan dengan apa yang orang cari di Google (contoh:
TexasRoofingContractors.com). - Scrape & Clean Data: Tarik data perniagaan dari Google Maps, kemudian tapis perniagaan yang tutup, tiada review, atau dah lama tak aktif.
- Gunakan AI & Blueprint: Gunakan Claude Code untuk analisis dan perkayakan maklumat (enrich data) bagi setiap perniagaan (contoh: menjawab soalan seperti "Adakah mereka sediakan pinjaman?", "Buat repair atau tidak?").
- Bina Laman Web Statik (HTML): Elakkan penggunaan WordPress. Gantikan dengan static HTML pages supaya laman web sangat pantas dipaparkan di telefon bimbit (mobile speed) dan kos hosting adalah percuma.
- Strategi Indexing: Naikkan laman web sama ada secara pukal atau secara berperingkat (trickle feed) untuk pastikan Google index semua halaman.
3. Cara Jana Pendapatan (Monetization)
- Bukan Melalui Iklan Paparan (Display Ads): Trafik tidak cukup besar untuk bergantung pada Paparan Iklan / Adsense.
- Pintu Masuk (Foot in the Door) Tanpa Cold Call: Panggil pemilik perniagaan dan bagitahu mereka disenaraikan secara percuma atau dipaparkan di tangga teratas. Dari situ, bina hubungan untuk tawarkan servis SEO, buat laman web utama mereka, atau khidmat marketing lain.
- Sewa Top Spots / Featured Listing: Cas perniagaan bulanan jika mereka mahu berada di kedudukan teratas direktori tersebut.
- Penguat untuk Microsite / SEO (Force Multiplier): Gunakan direktori ini untuk menyokong (backlink & pautan) microsite atau laman web klien korporat anda sendiri bagi menaikkan kedudukan dalam paparan AI & enjin carian Google.
Komen
Tinggalkan Komen