Harga servis untuk optimize akaun GBP dan Local SEO

Adzril MediaOne

Haha, okay bro, harga kau tu sangat reasonable untuk pasaran Malaysia 2026 ni.

  • Setup + optimize GBP: RM150 → Murah gila, ramai agensi charge RM500–RM2,000 untuk one-time setup je.
  • Bina website siap dengan domain TLD one-off: RM499 → Super competitive, pasaran biasa RM1,000–RM5,000 untuk website simple.
  • Maintain bulanan (GBP + website + report): RM299 → Ni value tinggi, sebab local SEO maintenance biasa RM1,000–RM3,000 sebulan.

Bisnes yang sanggup bayar ni biasanya yang bergantung pada local/near me searches – customer datang fizikal atau servis on-site, dan mereka tahu optimize Maps + ada website pro boleh tambah 30–100% customer baru. Dari data terkini, ramai SME Malaysia dah sedar penting GBP sebab "near me" searches naik gila.

Senarai Bisnes Potensi Tinggi (Senang Target di Google Maps atau Group FB)

Aku susun mengikut keutamaan (yang paling likely bayar sebab kompetitif tinggi & ROI jelas):

  1. Restoran/Kedai Makan/Kafe
    Ramai cari "makan near me", "restoran terbaik KL". Kalau tak optimize, hilang ramai walk-in. Contoh: Kafe kecil macam Black Kettle naik double customer lepas optimize GBP.
  2. Salon Kecantikan/Spa/Barber
    Customer cari "salon near me", "spa terbaik Penang". Industri ni kompetitif, owner sanggup bayar untuk naik review & ranking.
  3. Bengkel Repair Kereta/Motosikal
    Orang cari "bengkel kereta near me" bila emergency. Maintenance bulanan berbaloi sebab customer repeat.
  4. Klinik Doktor/Gigi/Homeopathy
    "Klinik near me" atau "doktor gigi terbaik". Trust tinggi dengan review & website pro.
  5. Homestay/Hotel Kecil/Airbnb
    Tourism push 2026 (#VisitMalaysia), ramai cari lokal. Website + Maps optimize boleh tarik booking direct.
  6. Kedai Dobi Layanan Sendiri (Laundromat)
    Cari "dobi near me" tinggi di bandar. Bisnes ni senang scale dengan visibility online.
  7. Servis Air-Cond/Elektrik/Plumbing
    Emergency service, customer cari cepat "repair aircond near me". ROI tinggi sebab satu job boleh RM200–RM1,000.
  8. Pusat Tuisyen/Kindergarten
    Parent cari "tusyen near me" atau "taska terbaik". Website untuk info kelas + Maps untuk direction.
  9. Gym/Fitness Studio/Yoga Class
    "Gym near me" popular, especially bandar besar. Maintenance untuk post promo & review.
  10. Kedai Bunga/Florist
    Musiman tinggi (Hari Ibu, Valentine), tapi daily pun cari "kedai bunga near me".
  11. Butik Pakaian/Baju Raya
    Kompetitif online + offline, website untuk catalog + Maps untuk kedai fizikal.
  12. Servis Cuci Karpet/Rumah/Cleaning
    Cari "cuci karpet near me", especially sebelum Raya atau deep clean.
  13. Kedai Haiwan Peliharaan/Vet Kecil
    "Pet shop near me" atau "klinik vet".
  14. Fotografi Studio/Wedding Planner
    Local service, website portfolio penting + Maps untuk studio.
  15. Kedai Repair Phone/Gadget
    Emergency, ramai cari lokal.

Tips Target Mereka

  • Cari di Google Maps dengan keyword macam "restoran Kuala Lumpur", "salon Johor Bahru" – tengok yang ada GBP tapi tak optimize (kurang review, tak ada website link, photo lama).
  • Join group FB macam "Usahawan Malaysia", "Bisnes Kecil Kuala Lumpur", "Persatuan Restoran Malaysia".
  • Ads TikTok/FB target "small business owners" + location + interest "Google My Business".
  • Offer audit GBP free sebagai hook – ramai akan convert sebab nampak value.

Bisnes atas ni paling pain kalau tak keluar atas Maps, jadi mereka sanggup bayar untuk solve. Harga kau affordable, confirm ramai ambil package full (website + maintenance). Kalau nak aku suggest cara approach atau script sales, bagitau je! 💪

Fundamental hook

Adzril MediaOne

Inilah rangka untuk kita paham kenapa sesuatu konten tu boleh viral. Sebab hook. Bukan sekadar buat hook, tapi kena faham kenapa hook tu berkesan.

formula buat hook 3 langkah 

  1. Context Lean - Jelaskan topik & buat penonton tertarik. Contoh "Zaman sekarang bukan semua aset nampak dalam bentuk fizikal. Adaaset yang tak nampak tapi boleh bagi cashflow setiap bulan" Tujuan untuk tarik perhatian denga fakta ringan tanpa kejutan. Rasa yang timbul : Ingin tahu "aset apa pulak tu?"
  2. Scroll Stop - hentikan jangkaan mereka. Contoh - "Aku takde rumah sewa pun, tapi setiap bulan tetap ada duit sewa masuk, dari website" Tujuannya adalah untuk hentak persepsi. Rasa yang timbul "Eh sewa wwebsite tu camna?"
  3. Contrarian snapback - bagi u-turn yang mengejutkan. Contoh "Ramai orang kejar beli rumah sebab nak ada aset. Tapi aku pulak sibuk buat website sebab nilai dia naik ikut trafik, bukan lokasi" Tujuannya adalah untuk cabar mindset biasa dan bagi sudut pandang baru. Rasa yang timbul "Menarik, aset ikut trafik, bukan lokasi? Nak tau lanjut lah"
Secara ringkasnya:

TOPIK -> KEJUTAN -> PUSINGAN (UTURN)

Ramai fikir ________, Tapi sebenarnya _________, Sebab utama dia __________.

5 rangka untuk bina storytelling

Adzril MediaOne

 https://youtu.be/NeTJRCycYXQ?si=TgAwWORufLyKXMlB

Apa lagi yang kau nak dalam hidup?

Adzril MediaOne


Dalam kehidupan ni kebanyakan orang memang akan fikir duit duit duit. Tapi pernah tak terdetik adakah kehidupan sekadar itu sahaja?


Camna dengan perintah dalam Quran? Adakah ianya tak perlu dilaksanakan? Atau berpendapat "biarlah orang lain yang laksanakan. Aku cuma perlu berselimut dan follow je apa yang telah ditetapkan oleh kebanyakan orang"


Ianya bukanlah sesimple itu. Orang lain mungkin boleh kau tipu, tapi tanyalah diri sendiri. Janganlah tipu diri sendiri.

Takut pada kebenaran

Adzril MediaOne

Harini aku belajar ada manusia yang takut pada kebenaran. Kebenaran tu sebenarnya telah pun diketahui. Tetapi ada kepahitan yang diselitkan pada kebenaran itu.


Post ni related dengan Post jangan samakan mencari kebenaran dengan mencari hantu.


Sebenarnya kalau diperhalusi, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan kebenaran. Cuma diri tak bagi peluang untuk diri sendiri memahami. Jalan singkat lebih senang dipilih.


Sebagai manusia, aku sedikit kecewa. Sebab aku berkobar menyampaikan kebenaran, tapi aku dianggap pembawa berita hitam. Dari sudut lain, aku bersyukur kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan.

The map is not the territory - Persangkaan

Adzril MediaOne

The Map Is Not The Territory – Apa yang Kita Fikir Bukan Selalu Realiti

Dulu masa aku belajar NLP, aku pernah dengar frasa ni: "The map is not the territory." Tapi aku tak terus faham. Beberapa tahun lepas tu, bila aku mula perhati tingkah laku manusia yang suka menuduh seseorang dengan yakin, baru aku sedar maksud ayat ni sangat dalam.


“Map” kiranya apa yang ada dalam minda kita. Ianya terbentuk dari pengalaman lepas, apa yang kita lihat, dengar, rasa, dan tafsir sendiri. Tapi map ni bukan realiti sebenar – ia hanyalah sangkaan.


“Territory” pula adalah apa yang betul-betul berlaku di dunia nyata, yang real terjadi.


Ramai orang keliru antara dua ni. Dia fikir apa yang ada dalam kepalanya itulah kebenaran mutlak. Tapi sebenarnya dia cuma cakap dari peta yang dia lukis sendiri. Peta yang dia wujudkan sendiri dalam dirinya.


Dan benda ni jelas sangat berlaku pada orang yang ada sifat narsistik.


Narsistik akan menuduh Dan menyangka orang lain buat sesuatu – A, B, C, sedangkan orang tu tak buat pun. Kenapa dia tuduh? Sebab dia bukan nampak apa yang orang tu buat, tapi dia nampak apa yang ada dalam memorinya sendiri. Dan memori (A, B, C) tu… selalunya adalah perkara yang dia sendiri pernah buat.


Banyak kali terjadi depan mata aku. Dan kalau korang perasan, narsisist takkan sedar pun perkara ni walaupun dia baca artikel ni.


Tanpa dia sedar, dia sedang projekkan kesalahan diri sendiri ke atas orang lain. Dia tuduh orang buat benda yang sebenarnya berasal dari perbuatan dia. Dia cuma nampak bayang-bayang tu pada orang lain.


Narsisist ni pandai sulam peribadi dan tuturnya guna agama. Jadi dia nampak suci pada orang sekeliling yang baru kenal dia.


Eh, dah cerita pasal narsisist pulak. Mungkin sebab topik The Map is Not the Territory ni sangat berkait rapat dengan sikap narsisist.


Jadi bila korang dituduh macam-macam yang korang tak buat, jangan cepat goyang. Orang tu mungkin sedang cakap pasal “map” dalam kepala dia. Bukan pasal “territory” sebenar kita.

Persetan perkara remeh

Adzril MediaOne

Bayangkan 1 situasi yang mana kau sangat dahaga dan nak sangat minum air manis sejuk yang menyamankan. Jadi kau pergi kedai makan dan order teh o ais lemon. Sekali yang sampai teh o ais limau.


Kat sini kau ada 2 pilihan,

  1. Komplen untuk tukar balik air tadi, atau,
  2. Minum je air yang ada tu.


Pada sesetengah orang mungkin marah dan mula la nak jadi Karen. Order lain, tapi dapatnya lain. Tapi bila diamati, itu sebenarnya perkara kecik je. Kau minum je air teh o ais limau tadi, hilang je dahaga.


Banyak sangat ke masa kau nak drag isu tu? Banyak sangat ke energy kau nak fokuskan perkara kecik camtu?


Banyak sebenarnya masa dan tenaga yang terbazir untuk sesuatu perkara yang remeh camtu.


Tenaga yang kau gunakan untuk komplen order yang salah tu boleh je digunakan untuk fokus perkara lain yang lebih bermanfaat dan bagi nilai yang tinggi untuk diri sendiri.


Jadi, amati betul-betul sesuatu perkara tu berbaloi ke tak untuk kita invest masa dan tenaga kita. Adakah ianya akan menaikkan nilai diri kita?


Kalau tak, kalau ianya membuang masa, kalau ianya remeh, just abaikan. Persetan perkara remeh.

Jangan samakan mencari kebenaran dengan mencari hantu

Adzril MediaOne

Aku yakin kalau kau tanya mana-mana orang yang waras, yang tengah bingung dalam hidupnya, "Apa yang ko cari dalam hidup?" sudah pasti jawapannya "aku sedang mencari kebenaran."

Logiklah bagi seorang yang matang dan mungkin dah melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran mengatakan ingin mencari kebenaran dalam hidupnya.

Mungkin orang itu dah lelah dengan kebobrokan dunia dan kerenah orang sekeliling, maka dia berasa perlu untuk mencari kebenaran untuk mengubah segalanya kepada yang lebih baik. Atau at least mengubah diri menjadi versi yang lebih baik.

Tapi tahu tak?

Kebenaran itu sebenarnya sudah ada dan sentiasa ada. Cumanya dalam zaman yang penuh dengan info sekarang ni, kebenaran dicampur adukkan dengan kebohongan dan doktrin menyesatkan. Memang ianya dedesign camtu.

Untuk apa?

Supaya bila datang kebenaran yang sebenar, manusia akan menghindari kebenaran itu. Dalam diri manusia itu muncul satu benteng keraguan yang akan filter informasi asing yang cuba mengubah realiti yang telah didoktrin selama ni.

Berjayanya sesebuah doktrin itu apabila datangnya kebenaran beserta bukti yang telah wujud sekian lama, malah bukti itu dituduhnya telah sesat dan menyesatkan.

"Ah! Mana mungkin ianya sebegini, ini mesti satu bentuk manipulasi yang sedang berjalan untuk menyesatkan manusia yang sedang sesat"

Maka dengan itu, manusia akan lari dari kebenaran yang telah terhidang di depan mata. Dan terus mencari kebenaran lain yang kena dengan tekak dan fahamannya (doktrin).

Sangat ironi, apabila mengatakan mencari kebenaran, tetapi bila datangnya kebenaran ia lari menjauhkan diri. Sama macam orang yang konon mencari hantu, tapi bila "jumpa" hantu dia lari lintang pukang.

Cara sayangi diri sendiri

Adzril MediaOne

Tau tak tempat yang paling senang orang trigger kemarahannya? Tak lain tak bukan, Jalanraya. Kat jalanraya lah tempat orang senang bergaduh. Kena cucuh rapat sikit dah boleh bergaduh. Kena pancung sikit dan boleh mula kejar-mengejar lepas tu jadi gaduh. Kena hi-beam sikit dan mula la boleh jadi punca gaduh.

Selain tu, orang toksik, narcissist pun boleh buat kita triggered dan berpotensi melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kerosakan pada diri sendiri.

Sebenarnya trigger atau tak bergantung kepada camna seseorang tu urus emosi dia.

Ada yang tenang, relax. Tapi aku percaya ramai je yang trigger. Sebab tu pada aku, kalau nak tengok perangai sebenar seseorang tu, tengok perangai dia masa memandu. Tengok reaksi dia bila ada situasi-situasi yang boleh triggered amarah dia masa atas jalanraya.

Aku sendiri selalu hati panas bila perkara-perkara yang aku listkan tadi tu berlaku kat diri aku. Tapi apa aku boleh buat? Marah-marah sendiri je lah, bebel-bebel sendiri lepastu lupakan (kena la telan).

Akhir tahun 2024, 5 bulan sebelum 2024 berakhir aku belajar 1 skillset baru. Aku bangga dengan diri aku sebab aku rasa lain macam kesungguhan aku build skill ni. Setiap hari aku belajar dan training untuk skill ni. Aku tak main-main. Aku nekad kalau kena ambil masa 1 tahun sekalipun untuk mahir skill ni, aku sanggup, 2 tahun pun aku sanggup. Sampailah genap 5 bulan, aku boleh dikatakan mahir dengan skill set baru aku tu.

Apa relatenya dengan konteks artikel ni?

Skill set baru ni membolehkan aku menaikkan value diri aku. Skill set baru ni dah embed dalam diri aku, yang mana aku boleh ajarkan kat orang lain.

Jadi dengan itu, aku lebih sayang diri aku. Aku kena pastikan diri aku ni selalu selamat sebab value diri aku terlalu tinggi. Skillset yang aku ada, aku akan sebarkan pada orang lain dan dalam masa yang sama aku tambah skill set baru setiap kali aku dah mahir dengan skill baru yang aku belajar.

Kesimpulannya, sayangi diri korang. Banyak perkara bermanfaat yang boleh digunakan untuk orang sekeliling.

Kita sebenarnya pengatur

Adzril MediaOne

Aku pernah terbaca 1 tweet (tak jumpa dah tweet tu sebab aku tak save) yang dia cakap pasal diri kita ni sebenarnya pemalas.

Basuh tangan

Pemalas sebab apa tau, katanya sebab kalau tangan kotor, kita tak basuh pun tangan tu. Tangan tu akan basuh each other. Kita cuma memerhati je.

Lapar

Lepas tu ada la orang lain reply. Dia kata sebenarnya kalau kita lapar, kita tak buat apa-apa pun. Tangan yang akan suapkan makanan ke mulut untuk perut kenyang. Kita cuma memerhati je.

Macam tu jugak kalau muka kita kotor, tangan yang akan tolong gosok-gosok muka dengan sabun lepas tu bilas.

Kalau kita nak bergerak dari point A ke point B, kita tak buat apa pun, kita hanya memerhati kaki kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Banyak lagi contoh sebenarnya.

Tapi ini membuatkan aku terfikir, siapa kita sebenarnya ni kalau semua benda kita cuma 'perhatikan' je?

Bila buat deep thinking, aku boleh katakan sebenarnya kita adalah pengatur untuk diri kita, untuk semua anggota kita, untuk semua yang diamanahkan untuk kita macam kaki, tangan, mata, jari dan lain-lain. Kalau kita tak mengatur semua yang diamanahkan tu maka takdelah pergerakan.

Apa terjadi kalau takde pergerakan?

Badan kita akan lemah, dan lama-lama akan hilang fungsinya.

Kat sini aku sedar yang kita sebenarnya perlu terus bergerak selagi seluruh anggota badan ni diamanahkan kepada kita.

Teruskan dengan aktiviti, plan hari kedepan. Kalau penat, rehat la kejap. Lepastu gerak lagi.

Satu hari nanti, kita rehatlah.

Bayar cukai sampai mati

Adzril MediaOne

Bika terbaca cerita Che Ta cakap bayar cukai sampai mati, ramai pulak rasa tertekan. Aku pun camtu tapi sebenarnya aku tak boleh pikir camtu. Sebab selagi kita hidup, selagi tu la kita sebenarnya diberikan kudrat untuk berusaha. Kat situ menunjukkan mental yang kuat dan sentiasa hidup.