Sayang kat diri sendiri
Jun 11, 2026
• Adzril MediaOne
Lately aku rasa macam burnout, tak tau nak buat apa, buntu. Aku rasa punca jadi semua ni sebab aku cuma simpan apa yang aku nak buat dalam minda je, tanpa buat apa-apa. Lepas tu aku rasa lately apa yang aku buat semua tak menjadi.
Then aku kontemplasi, aku dapati sebenarnya aku dah lama tak bagi perhatian kat diri sendiri. Dah lama tak bagi peluang kat diri untuk berehat sekejap. Bila diselidiki, memang betul la. Aku rasa mostly ramai orang pun hadap situasi camni. Dalam hidup seharian, takde pun masa untuk tak buat apa-apa, duduk diam untuk diri sendiri, biarkan fikiran melayang tanpa arah, untuk at least 10 minit.
Bila aku kata tak perlu buat apa-apa, maksudnya memang duduk tanpa buat apa-apa. Tak makan, tak skrol phone, tak membaca, just duduk diam dan biarkan fikiran bertenang. Kita kena biarkan gelombang otak yang sedang beta tu jadi alfa kejap. Analoginya macam air yang tengah berkocak, dengan keladak2 (segala permasalahan) dalam air tu, jadi kita tak boleh nak berfikir secara jernih.
Jadi bila duduk diam tanpa buat apa-apa, gelombang otak tu akan bertenang, dan keladak2 tu akan mendap ke bawah. Fikiran jadi jernih.
Sebenarnya time duduk diam tak buat apa-apa tu la akan datang habit kita. Nak skrol phone semula la, nak buat itu la, nak buat ini. time ni la ia jadi, abaikan.
Pada aku la kan, bila aku duduk bertenang tak buat apa-apa, umpamanya aku bagi perhatian kat diri sendiri. Aku perhatikan diri aku sendiri. Dan aku baru sedar, dah lama (atau tak pernah terfikir) yang aku tak ucap sayang kat diri sendiri. Terlalu sibuk nak sayang orang lain, tapi diri sendiri?
All this while, semua yang aku hadapi, aku bersama diri aku sahaja. turun naik, gembira sedih, panik confident, semua itu aku hadapi dengan orang yang betul-betul paham, iaitu diri aku sendiri. Individu yang paling menepati expectation adalah diri sendiri dalam semua aspek. Bukan orang lain, tapi diri inilah yang aku tak perasan untuk sayang.
Masa aku terfikir benda ni, aku tepuk bahu sendiri weh. hahah! Aku cakap "Aku sayang ko sangat2" macam kelakar. Tapi dalam masa yang sama, rasa terharu.
Rasa lepas ni aku nak letak gambar orang yang aku sayang as wallpaper phone, LETAK GAMBAR AKU SENDIRI hahah!