masalah apa aku nak selesaikan untuk orang ni?
Dalam video ni, orang ni jujur habis pasal kegagalan dia mula-mula buat bisnes produk digital. Dia start kat Etsy sebab orang cakap “senang, trafik dah ada”. Dia pun ikutlah trend, apa yang nampak laku, dia tiru. Template kahwin, wall art, tracker, macam-macam. Masalahnya, dia buat ikut rasa sendiri, bukan ikut masalah orang.
Lima bulan dia buat kerja gila-gila, upload produk banyak, hasilnya… 3 sale je. USD15. Burn out teruk. Sampai dua kedai Etsy dia tutup. Masa tu baru dia sedar: dia silap sebab langsung tak fikir pasal pelanggan.
Lepas tu dia cakap, kalau dia boleh ulang dari kosong, perkara pertama dia buat ialah **jelaskan siapa sebenarnya yang dia nak bantu**. Bukan “semua orang”. Spesifik. Sebab orang tak nak produk kau sebenarnya, orang nak **penyelesaian masalah**. Produk tu cuma alat.
So soalan dia bukan lagi “aku nak buat apa hari ni?”, tapi “masalah apa aku nak selesaikan untuk orang ni?”. Dulu dia buat wall art untuk sesiapa saja. Sekarang dia kata, sepatutnya fokus satu jenis orang je dulu, dan **sembang dengan mereka** sebelum bina apa-apa.
Poin penting gila kat sini: insight paling padu bukan datang dari keyword tools atau trend report semata-mata. Itu sokongan je. Yang betul-betul buka mata ialah borak dengan 3–5 orang yang betul-betul target kita. Kawan, family, orang dalam group FB, DM pun boleh. Tak perlu survey ratus-ratus.
Dia kongsi 3 soalan power yang dia selalu tanya:
- Apa masalah paling besar kau pasal topik ni?
- Apa yang kau dah cuba tapi tak jalan?
- Kalau ada satu bahan digital khas untuk tolong kau, apa dia patut jadi?
Bila kau buat produk berdasarkan jawapan ni, jualan jadi jauh lebih senang sebab orang memang sedar mereka ada masalah tu.
Lepas dah jelas pelanggan & masalah, barulah dia bina **product ladder**. Maksudnya produk kau saling berkait, bukan main hentam. Ada level.
Contoh:
- Produk murah (USD10–15): quick win, bagi rasa percaya
- Produk pertengahan (USD50–100): pergi lebih dalam
- Produk mahal (USD500): transformasi penuh, course/coaching
Semua ni sambung-menyambung. Bukan produk rawak. Dia kata benda ni lukis 30 minit pun boleh siap kalau kau jelas siapa kau bantu dan apa hasil akhir dia nak.
Dia bagi contoh kemas rumah:
Label storage (USD10) → ebook declutter (USD50) → course/coaching (USD500)
Cara ni lebih realistik capai target income berbanding jual printable USD5 banyak-banyak.
Lepas tu part yang aku rasa paling padu: **jangan bina produk dulu, jual dulu**. Dulu dia buat silap sebab berbulan design, lepas tu takde orang beli. Kerja percuma.
Sekarang dia buat pre-sell. Dia buat outline kasar, cover ringkas, preview sikit, lepas tu offer harga diskaun untuk early buyer. Kalau takde orang beli, dia stop. Tak bazir masa. Kalau 3–5 orang beli pun, itu dah proof.
Dia pernah buat course, share idea kat media sosial, offer diskaun 50% untuk 10 orang pertama. Sekali… 16 orang beli. Padahal course tu belum siap langsung. Dari situ dia bina ikut apa yang orang dah bayar.
Dia buat benda sama kat Etsy juga, launch produk versi beta, diskaun, kumpul feedback. Feedback ni bukan je baiki produk, tapi jadi testimoni sebenar.
Akhir sekali, dia mengaku kesilapan besar dia ialah **bergantung 100% pada Etsy dan media sosial**. Post cantik-cantik, harap viral. Tapi algoritma bukan kita punya.
So dia bina audience sendiri. Dia buat free guide yang betul-betul berguna dan selari dengan produk dia. Siapa nak, masuk email list. Dia guna Pinterest, IG, YouTube untuk tarik trafik. Lama-lama dia ada audience panas, orang yang dah percaya sebelum beli apa-apa.
Bila launch produk, dia tak jual pada orang asing. Dia jual pada orang yang dah kenal dia.
Kesimpulannya;
Jangan obses buat produk. Obses faham orang. Cari masalah dulu, jual idea dulu, bina lepas ada bukti. Platform apa pun boleh, tapi audience sendiri tu aset paling mahal.
