Siap sempurna online shop guna blogspot!

Adzril MediaOne
Puji Syukur akhirnya aku dapat siapkan 1 online shop e-commerce guna blogspot! ye, korang tak salah baca, guna blogspot.

Aku namakan sistem online shop ni DhiaCloud. Sebenarnya aku nak letak nama sistem "Di Atas Awan" sebab guna teknologi cloud. Tapi aku rasa aku perlu ubah sikit untuk nampak lebih catchy, so aku letak la DhiaCloud.


Lagipun, Dhia yang mintak aku buatkan sistem ni untuk selesaikan masalah susah nak paham sistem lain kat luar sana tu.

Aku pun setuju, kadang-kadang sistem e-commerce kat luar tu nak setup punyalah payah. Padahal kita cuma nak 1 mesin untuk proses jualan produk kita atas talian tanpa perlu kita buat semua manual. Sekali nak setup, nahhh! macam berhadapan dengan button yang banyak macam nak handle kokpit pakal terbang.

Apa yang bestnya sistem e-commerce ni tak perlu guna hosting berbayar sebab dah sah sah guna hosting Google sebab ianya blogspot.

Domain? boleh guna je domain blogspot atau kalau nak cantik, subscribe domain dot com dalam rm60 setahun dan terus buat custom domain untuk e-commerce DhiaCloud ni.

bila aku cakap e-commerce, ini bukan sekadar letak gambar produk dan letak butang whatsapp. Ianya betul-betul e-commerce yang ko boleh update produk dengan stock, setting postage rate, weight dan lain lain.




Semua database disimpan dalam Cloudflare.

Kiranya ni kacukan Blogspot + Cloudflare.

Ciri keselamatan, aku memang rely kat Blogspot dan Cloudflare.

Blogspot boleh serap traffic viral dan Cloudflare pulak anti serangan DDos. Ini betul-betul sistem yang aku sendiri kagum. hehehe

Payment Gateway

Sistem bayaran guna payment gateway Toyyibpay. Kenapa aku pilih untuk gabungkan Toyyibpay dalam sistem DhiaCloud ni, sebab utama dia Toyyibpay senang nak setup.

Jadi sesiapa pun yang nak guna DhiaCloud senang je setup akaun Toyyibpay. Boleh setup untuk akaun personal, ataupun syarikat.

Tak perlu maintenance security

DhiaCloud 100% free maintenance. Guna selagi Google dan Cloudflare wujud kat dunia ni. Dan aku memang release secara public untuk orang ramai yang nak 1 sistem e-commerce simple tapi lengkap untuk keperluan anda menjalankan bisnes online.

Bab security pun tak perlu fikir la. Boleh tidur lena, bercuti tanpa sebarang rasa risau ada orang ceroboh atau hantar DDos.

boleh Whatsapp aku, O1O206l966 kalau berminat nak guna sistem ni. Nanti aku tolong setupkan.

Ye, memang DhiaCloud ni perlu disetup custom untuk setiap orang atau bisnes. 

Notifikasi

Awalnya aku cuma letak notifikasi Telegram je untuk sebagai jualan yang masuk. Tapi aku rasa better aku tambah lagi 1, iaitu notifikasi melalui email. Untuk sistem e-commerce DhiaCloud ni, setiap kali dapat sales, akan dapat 2 notifikasi. Iaitu:
1. Telegram
2. Email.



Sistem Tracking

Untuk setiap pembelian, pelanggan yang membeli akan terima url untuk semak progress tempahannya. Progress ini bukan untuk perjalanan pengeposan, tapi untuk lihat apa yang sedang berlaku kepada tempahannya seperti
  1. Tempahan diterima
  2. Tempahan sedang diuruskan
  3. Tempahan sudah dihantar ke kurier (last step).


Banyak lagi features yang aku bina dalam DhiaCloud ni. dan aku akan terus upgrade features-features penting dalam sistem ni. Tapi semestinya tidak akan memeningkan kepala user untuk menggunakan sistem ini.