Bersenam ubah vibration

Adzril MediaOne

Ubah vibration

Walaupun dah buat split test, back test, dah matang dah mahir tentang teknik dan SOP trade, tapi tetap jugak kelaut. Kenapa? sebab vibration masih tetap sama. camna nak ubah virabtion? dengan bersenam. Kena vibratekan seluruh badan Nafas akan jumpa rentak baru.

5 fundamental SEO untuk website

Adzril MediaOne

Ringkasan Nota: Kesilapan SEO Utama yang Menghalang Kedudukan di Google

Berdasarkan tinjauan ke atas ratusan laman web perniagaan kecil, terdapat beberapa kesilapan biasa yang menyebabkan usaha penyelidikan dan pengoptimuman keyword tidak membuahkan hasil (tiada trafik, tiada rankings, tiada apa-apa).

Kesilapan #1: Menggunakan Keywords "Near Me" pada Laman Web

Masalah: Meletakkan frasa seperti "syarikat landskap near me" pada laman web. Google sudah tahu lokasi fizikal pengguna yang membuat carian.

Penyelesaian: Gunakan locally relevant keywords atau istilah lokasi sebenar. Contohnya, daripada "perkhidmatan near me," gunakan "Servis Lanskap Batu Pahat". Ini membolehkan anda diranking untuk carian "near me" apabila anda optimasi untuk lokasi sebenar.

Kesilapan #2: Mengejar High Difficulty Keywords

Masalah: Mengejar keyword dengan carian tinggi tetapi Keyword Difficulty (KD) yang tinggi (cth., 85). Laman web perniagaan kecil (Authority Score rendah) tidak boleh bersaing dengan laman besar.

Penyelesaian: Mulakan dengan Easy Wins. Tapis keyword dengan KD antara 0-29 atau 0-19. Cari keyword dengan KD 'NA' (tiada persaingan) walaupun search volume rendah — ini adalah peluang emas. Contohnya, lebih baik cari 20 keyword dengan 50 carian sebulan (mudah rank) = 1,000 pelawat, berbanding satu keyword 1,000 carian yang anda tak boleh rank. Gabungkan semua keyword itu dalam satu artikel.

Kesilapan #3: Mengabaikan Keyword Variations

Masalah: Hanya fokus pada satu keyword utama dan mengabaikan 5–10 variasi keyword berkaitan yang boleh membawa trafik tambahan.

Penyelesaian: Sertakan variasi keyword secara semula jadi dalam kandungan. Masukkan bahagian atau perenggan yang menjawab soalan atau istilah carian daripada variasi keyword ini dalam artikel yang sama. Ini membolehkan anda mendapat lebih banyak ranking daripada satu content sahaja.

Kesilapan #4: Kandungan Tidak Sepadan dengan Search Intent

Masalah: Kandungan tidak memenuhi apa yang sebenarnya pengguna cari.

Jenis Search Intent:

  • Informational – pengguna mencari maklumat (cth., “Apa itu SEO”).
  • Transactional – pengguna bersedia untuk membeli atau upah (cth., “hire SEO specialist”).
  • Commercial – pengguna sedang membandingkan pilihan (cth., “laptop terbaik untuk edit video”).

Penyelesaian: Padankan format content yang berjaya. Google keyword tersebut, lihat tiga hasil teratas, dan tulis semula dalam format yang sama (contohnya jika mereka guna bentuk senarai, anda pun guna senarai) tetapi hasilkan versi yang lebih baik.

Kesilapan #5: Tidak Memeriksa Persaingan Backlink

Masalah: Mengabaikan jumlah backlinks yang dimiliki oleh halaman teratas di Google.

Metrik penting: Referring Domains – bilangan laman web unik yang memaut ke halaman tertentu (bukan sekadar jumlah backlink).

Contoh: Jika hasil teratas mempunyai 300 referring domains dan anda hanya ada 5, anda sukar untuk mengatasinya.

Penyelesaian: Sasarkan keyword di mana lima hasil teratas mempunyai sedikit atau tiada backlinks/referring domains.

Fundamental hook

Adzril MediaOne

Inilah rangka untuk kita paham kenapa sesuatu konten tu boleh viral. Sebab hook. Bukan sekadar buat hook, tapi kena faham kenapa hook tu berkesan.

formula buat hook 3 langkah 

  1. Context Lean - Jelaskan topik & buat penonton tertarik. Contoh "Zaman sekarang bukan semua aset nampak dalam bentuk fizikal. Adaaset yang tak nampak tapi boleh bagi cashflow setiap bulan" Tujuan untuk tarik perhatian denga fakta ringan tanpa kejutan. Rasa yang timbul : Ingin tahu "aset apa pulak tu?"
  2. Scroll Stop - hentikan jangkaan mereka. Contoh - "Aku takde rumah sewa pun, tapi setiap bulan tetap ada duit sewa masuk, dari website" Tujuannya adalah untuk hentak persepsi. Rasa yang timbul "Eh sewa wwebsite tu camna?"
  3. Contrarian snapback - bagi u-turn yang mengejutkan. Contoh "Ramai orang kejar beli rumah sebab nak ada aset. Tapi aku pulak sibuk buat website sebab nilai dia naik ikut trafik, bukan lokasi" Tujuannya adalah untuk cabar mindset biasa dan bagi sudut pandang baru. Rasa yang timbul "Menarik, aset ikut trafik, bukan lokasi? Nak tau lanjut lah"
Secara ringkasnya:

TOPIK -> KEJUTAN -> PUSINGAN (UTURN)

Ramai fikir ________, Tapi sebenarnya _________, Sebab utama dia __________.

5 rangka untuk bina storytelling

Adzril MediaOne

 https://youtu.be/NeTJRCycYXQ?si=TgAwWORufLyKXMlB

Domain vs Hosting

Adzril MediaOne
Aku terfikir, kenapa nak bayar hosting sedangkan boleh fokus pada bayar domain sahaja. Contohnya hosting perlu bayar RM500 setahun, lebih kurang boleh cover 10 domain.

camna dengan hosting?

Berpindahkan ke blogspot, ianya dihost di server google.

manfaatkan domain tu sebaik-baiknya. 1 domain boleh buat RM100 sebulah (minimum), kalau ada 10 host dah boleh hasilkan RM1000 sebulan.


Host web di blogspot lebih secure dan maintenance lebih mudah.


Membaca tajamkan minda

Adzril MediaOne

 Billionaire selalu pesan, MEMBACA. Sebab membaca untuk tajamkan minda. Analogi pisau tajam senang potong sayur, pisau tumpul susah dan struggle potong sayur. Dengan membaca akan tahu banyak. Tahu banyak = kerja sikit. Tahu sikit = kerja kena buat banyak and stuggle.

Fahmi Huzairi pernah cakap dia berjalan kat pasir pantai sambil membaca. Dia tak tahu pun apa yang dia baca. Yang penting dia membaca. Tujuannya untuk tajamkan minda. Faham tak faham belakang cerita. Bila minda dah tajam nanti baca je semua terus masuk kepala.

Maksud membaca yang sebenar

Adzril MediaOne
Maksud membaca yang sebenar adalah aquire new knowledge dan apply untuk dapatkan hasil. Hudan, bainat, furqan.

Bukan baca sahaja. Sebab kalau baca je takkan dapat hasil. jadi perlulah baca, buat split test, dan kemudian perlu guide orang lain.