Aku pernah terbaca 1 tweet (tak jumpa dah tweet tu sebab aku tak save) yang dia cakap pasal diri kita ni sebenarnya pemalas.

Basuh tangan

Pemalas sebab apa tau, katanya sebab kalau tangan kotor, kita tak basuh pun tangan tu. Tangan tu akan basuh each other. Kita cuma memerhati je.

Lapar

Lepas tu ada la orang lain reply. Dia kata sebenarnya kalau kita lapar, kita tak buat apa-apa pun. Tangan yang akan suapkan makanan ke mulut untuk perut kenyang. Kita cuma memerhati je.

Macam tu jugak kalau muka kita kotor, tangan yang akan tolong gosok-gosok muka dengan sabun lepas tu bilas.

Kalau kita nak bergerak dari point A ke point B, kita tak buat apa pun, kita hanya memerhati kaki kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Banyak lagi contoh sebenarnya.

Tapi ini membuatkan aku terfikir, siapa kita sebenarnya ni kalau semua benda kita cuma 'perhatikan' je?

Bila buat deep thinking, aku boleh katakan sebenarnya kita adalah pengatur untuk diri kita, untuk semua anggota kita, untuk semua yang diamanahkan untuk kita macam kaki, tangan, mata, jari dan lain-lain. Kalau kita tak mengatur semua yang diamanahkan tu maka takdelah pergerakan.

Apa terjadi kalau takde pergerakan?

Badan kita akan lemah, dan lama-lama akan hilang fungsinya.

Kat sini aku sedar yang kita sebenarnya perlu terus bergerak selagi seluruh anggota badan ni diamanahkan kepada kita.

Teruskan dengan aktiviti, plan hari kedepan. Kalau penat, rehat la kejap. Lepastu gerak lagi.

Satu hari nanti, kita rehatlah.

Komen-komen

Tiada komen setakat ini.

Buat Komen