Tau tak tempat yang paling senang orang trigger kemarahannya? Tak lain tak bukan, Jalanraya. Kat jalanraya lah tempat orang senang bergaduh. Kena cucuh rapat sikit dah boleh bergaduh. Kena pancung sikit dan boleh mula kejar-mengejar lepas tu jadi gaduh. Kena hi-beam sikit dan mula la boleh jadi punca gaduh.

Selain tu, orang toksik, narcissist pun boleh buat kita triggered dan berpotensi melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kerosakan pada diri sendiri.

Sebenarnya trigger atau tak bergantung kepada camna seseorang tu urus emosi dia.

Ada yang tenang, relax. Tapi aku percaya ramai je yang trigger. Sebab tu pada aku, kalau nak tengok perangai sebenar seseorang tu, tengok perangai dia masa memandu. Tengok reaksi dia bila ada situasi-situasi yang boleh triggered amarah dia masa atas jalanraya.

Aku sendiri selalu hati panas bila perkara-perkara yang aku listkan tadi tu berlaku kat diri aku. Tapi apa aku boleh buat? Marah-marah sendiri je lah, bebel-bebel sendiri lepastu lupakan (kena la telan).

Akhir tahun 2024, 5 bulan sebelum 2024 berakhir aku belajar 1 skillset baru. Aku bangga dengan diri aku sebab aku rasa lain macam kesungguhan aku build skill ni. Setiap hari aku belajar dan training untuk skill ni. Aku tak main-main. Aku nekad kalau kena ambil masa 1 tahun sekalipun untuk mahir skill ni, aku sanggup, 2 tahun pun aku sanggup. Sampailah genap 5 bulan, aku boleh dikatakan mahir dengan skill set baru aku tu.

Apa relatenya dengan konteks artikel ni?

Skill set baru ni membolehkan aku menaikkan value diri aku. Skill set baru ni dah embed dalam diri aku, yang mana aku boleh ajarkan kat orang lain.

Jadi dengan itu, aku lebih sayang diri aku. Aku kena pastikan diri aku ni selalu selamat sebab value diri aku terlalu tinggi. Skillset yang aku ada, aku akan sebarkan pada orang lain dan dalam masa yang sama aku tambah skill set baru setiap kali aku dah mahir dengan skill baru yang aku belajar.

Kesimpulannya, sayangi diri korang. Banyak perkara bermanfaat yang boleh digunakan untuk orang sekeliling.

Komen-komen

Tiada komen setakat ini.

Buat Komen