Aku yakin kalau kau tanya mana-mana orang yang waras, yang tengah bingung dalam hidupnya, "Apa yang ko cari dalam hidup?" sudah pasti jawapannya "aku sedang mencari kebenaran."

Logiklah bagi seorang yang matang dan mungkin dah melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran mengatakan ingin mencari kebenaran dalam hidupnya.

Mungkin orang itu dah lelah dengan kebobrokan dunia dan kerenah orang sekeliling, maka dia berasa perlu untuk mencari kebenaran untuk mengubah segalanya kepada yang lebih baik. Atau at least mengubah diri menjadi versi yang lebih baik.

Tapi tahu tak?

Kebenaran itu sebenarnya sudah ada dan sentiasa ada. Cumanya dalam zaman yang penuh dengan info sekarang ni, kebenaran dicampur adukkan dengan kebohongan dan doktrin menyesatkan. Memang ianya dedesign camtu.

Untuk apa?

Supaya bila datang kebenaran yang sebenar, manusia akan menghindari kebenaran itu. Dalam diri manusia itu muncul satu benteng keraguan yang akan filter informasi asing yang cuba mengubah realiti yang telah didoktrin selama ni.

Berjayanya sesebuah doktrin itu apabila datangnya kebenaran beserta bukti yang telah wujud sekian lama, malah bukti itu dituduhnya telah sesat dan menyesatkan.

"Ah! Mana mungkin ianya sebegini, ini mesti satu bentuk manipulasi yang sedang berjalan untuk menyesatkan manusia yang sedang sesat"

Maka dengan itu, manusia akan lari dari kebenaran yang telah terhidang di depan mata. Dan terus mencari kebenaran lain yang kena dengan tekak dan fahamannya (doktrin).

Sangat ironi, apabila mengatakan mencari kebenaran, tetapi bila datangnya kebenaran ia lari menjauhkan diri. Sama macam orang yang konon mencari hantu, tapi bila "jumpa" hantu dia lari lintang pukang.

Komen-komen

Tiada komen setakat ini.

Buat Komen