Bayangkan 1 situasi yang mana kau sangat dahaga dan nak sangat minum air manis sejuk yang menyamankan. Jadi kau pergi kedai makan dan order teh o ais lemon. Sekali yang sampai teh o ais limau.


Kat sini kau ada 2 pilihan,

  1. Komplen untuk tukar balik air tadi, atau,
  2. Minum je air yang ada tu.


Pada sesetengah orang mungkin marah dan mula la nak jadi Karen. Order lain, tapi dapatnya lain. Tapi bila diamati, itu sebenarnya perkara kecik je. Kau minum je air teh o ais limau tadi, hilang je dahaga.


Banyak sangat ke masa kau nak drag isu tu? Banyak sangat ke energy kau nak fokuskan perkara kecik camtu?


Banyak sebenarnya masa dan tenaga yang terbazir untuk sesuatu perkara yang remeh camtu.


Tenaga yang kau gunakan untuk komplen order yang salah tu boleh je digunakan untuk fokus perkara lain yang lebih bermanfaat dan bagi nilai yang tinggi untuk diri sendiri.


Jadi, amati betul-betul sesuatu perkara tu berbaloi ke tak untuk kita invest masa dan tenaga kita. Adakah ianya akan menaikkan nilai diri kita?


Kalau tak, kalau ianya membuang masa, kalau ianya remeh, just abaikan. Persetan perkara remeh.

Komen-komen

Tiada komen setakat ini.

Buat Komen