The map is not the territory - Persangkaan
The Map Is Not The Territory – Apa yang Kita Fikir Bukan Selalu Realiti
Dulu masa aku belajar NLP, aku pernah dengar frasa ni: "The map is not the territory." Tapi aku tak terus faham. Beberapa tahun lepas tu, bila aku mula perhati tingkah laku manusia yang suka menuduh seseorang dengan yakin, baru aku sedar maksud ayat ni sangat dalam.
“Map” kiranya apa yang ada dalam minda kita. Ianya terbentuk dari pengalaman lepas, apa yang kita lihat, dengar, rasa, dan tafsir sendiri. Tapi map ni bukan realiti sebenar – ia hanyalah sangkaan.
“Territory” pula adalah apa yang betul-betul berlaku di dunia nyata, yang real terjadi.
Ramai orang keliru antara dua ni. Dia fikir apa yang ada dalam kepalanya itulah kebenaran mutlak. Tapi sebenarnya dia cuma cakap dari peta yang dia lukis sendiri. Peta yang dia wujudkan sendiri dalam dirinya.
Dan benda ni jelas sangat berlaku pada orang yang ada sifat narsistik.
Narsistik akan menuduh Dan menyangka orang lain buat sesuatu – A, B, C, sedangkan orang tu tak buat pun. Kenapa dia tuduh? Sebab dia bukan nampak apa yang orang tu buat, tapi dia nampak apa yang ada dalam memorinya sendiri. Dan memori (A, B, C) tu… selalunya adalah perkara yang dia sendiri pernah buat.
Banyak kali terjadi depan mata aku. Dan kalau korang perasan, narsisist takkan sedar pun perkara ni walaupun dia baca artikel ni.
Tanpa dia sedar, dia sedang projekkan kesalahan diri sendiri ke atas orang lain. Dia tuduh orang buat benda yang sebenarnya berasal dari perbuatan dia. Dia cuma nampak bayang-bayang tu pada orang lain.
Narsisist ni pandai sulam peribadi dan tuturnya guna agama. Jadi dia nampak suci pada orang sekeliling yang baru kenal dia.
Eh, dah cerita pasal narsisist pulak. Mungkin sebab topik The Map is Not the Territory ni sangat berkait rapat dengan sikap narsisist.
Jadi bila korang dituduh macam-macam yang korang tak buat, jangan cepat goyang. Orang tu mungkin sedang cakap pasal “map” dalam kepala dia. Bukan pasal “territory” sebenar kita.
Komen-komen
Tiada komen setakat ini.
Buat Komen