Takut pada kebenaran
Harini aku belajar ada manusia yang takut pada kebenaran. Kebenaran tu sebenarnya telah pun diketahui. Tetapi ada kepahitan yang diselitkan pada kebenaran itu.
Post ni related dengan Post jangan samakan mencari kebenaran dengan mencari hantu.
Sebenarnya kalau diperhalusi, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan kebenaran. Cuma diri tak bagi peluang untuk diri sendiri memahami. Jalan singkat lebih senang dipilih.
Sebagai manusia, aku sedikit kecewa. Sebab aku berkobar menyampaikan kebenaran, tapi aku dianggap pembawa berita hitam. Dari sudut lain, aku bersyukur kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Komen-komen
Tiada komen setakat ini.
Buat Komen